Tuesday, 29 July 2014

~~:: SaLaM LeBaRaN 2014 ::~~

Dan dengan kesempatan ini iBu CHoMeL dan famili mengucapkan;

"Taqabbalallahu Minna wa Minkum"

“Selamat Hari Raya Aidil Fitri"
Mohon Maaf Zahir & Batin” sekiranya terdapat apa apa kesalahan, kesilapan dan tulisan, sama ada secara sedar atau tidak sedar yang iBu CHoMeL dan famili telah lakukan selama kita mengenali.

Wallahualam.

~*~ SeLaMaT HaRi LaHiR SaYaNGGG... ~*~

Selamat Hari Lahir yang ke 9 tahun, Nurul Alani Fatini...

Alhamdulillah dah 9 tahun anak ebu... Ebu doakan semoga kakak berjaya dunia akhirat, semoga kakak menjadi anak yang solehah, anak yang membanggakan ebu DISANA nanti, sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan ketahuilah olehmu, ebu, abah dan adik sayangkan kakak... Walau ebu tahu, kakak kadang-kadang marah dengan ebu sebab tak belikan apa yang kakak mahukan, marah bila kakak mengusik adik, tapi itu semua kerenah biasa seorang anak... Apapun ebu bersyukur pada Allah kerana mengurniakan anak yang baik seperti kakak...

HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!!!

Wednesday, 16 July 2014

~~::PoN! PoNN!! 1ST KuiH RaYa DaH SaMPai : SeMPRiT::~~

Tara!!! Macam nie lah al-kesahnya iBu CHoMeL tiap2 tahun raya... Sibuk membeli itu ini....heheheeee
Beli untuk diri sendiri tak banyak mana pun, cuma sibuk membeli untuk bonda & MIL^_____^
Chek bukan apa ,  supercaring kata orang putih...ahaks ! Perasaan raya tak teruja sangat [ serius! kalo tak raya pun tak kesahhh ] cuma excited buat preparation untuk mak, adik-beradik, anak-anak dan anak buah...


Pagi nie msk keja ja... tgk2 atas meja dah ada kuih ni... nie baru satu... baru mula la... tguuu ada lagi akan menyusul ^____x

Saturday, 28 June 2014

~~::AHLaN WaSaHLaN RaMaDHaN AL-MuBaRaK....::~~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dengan keizinan Allah s.w.t dapatlah kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak setelah setahun ia meningggalkan kita.

Apa yang ada di bulan Ramadhan ini?

Bulan Ramadhan ini adalah bulan seribu rahmat, penuh dengan hadiah-hadiah buat hamba-hambaNya yang benar-benar taat & ikhlas dalam beribadah dan benar-benar mahu berubah menjadi insan kamil...

Hidupkanlah Ramadhan kali ini dengan mengerjakan ibadah-ibadah dengan penuh kesungguhan dan hiasilah rumah-rumah dengan cahaya-cahaya zikrullah serta wirid-wirid yang berpanjangan serta hidupkanlah ibadah malam dengan penuh kekusyukkan demi mendapat keredhoan dari Allah dunia & akhirat... insyaallah.

Jangan sama sekali menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan untuk kita beristirehat kerana tatkala tiba sakratul maut nanti tanpa dalam pengetahuan kita, maka kita akan menyesal sepenuhnya kerana gagal memenafaatkan Ramadhan yang dilalui.

Moga kita bersama-sama mengimarahkan Ramadhan kali ini dengan Nur Ilahi..insya allah.

Salam Ramadhan buat semua..

Wassalam

Friday, 30 May 2014

~*~SeLaMaT HaRi LaHiR SaHaBaT , KaK MaZNaH SYeD!!!~*~

Selamat Hari Lahir yang ke-31, kak M.
Happy 54th Birthday, sis M.
Sanah helwah 54, ukhti M.

Semoga akak bertambah sweet dan comel..
Semoga akak dipanjangkan umur dan murah rezeki..
Semoga akak sentiasa ceria dalam kehidupan akak..
Semoga impian akak menjadi kenyataan.
iBu CHoMeL sayang akak.. Muah!

Thursday, 29 May 2014

~*~ RaJa DR NaZRiN SHaH DiiSyTiHaR SuLTaN PeRaK Ke-35 ~*~

Sesi perisytiharan Sultan Perak yang baru... Untuk menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semala..
Raja Dr Nazrin Shah diistihar sebagai Sultan Perak yang ke-35
 Daulat Tuanku!


Wednesday, 28 May 2014

~*~ KeMaNGKaTaN SuLTaN aZLaN SHaH | KeHiLaNGaN.. :( ~*~

innalillahiwainnailaihirojiun...
Salam takziah buat ahli keluarga dan kaum kerabat diraja negeri Perak atas kemangkatan Almarhum Sultan Perak tgh hari tadi... iBu CHoMeL sangat terasa kehilangannya >___< ... moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan mereka yang beriman... Dari Dia kita datang kepada Dia juga kita kembali...
~ al fatihah ~


~*~ BuKiT JaMBuL LaKe ~*~

Saturday, 10 May 2014

~*~SeLaMaT HaRi LaHiR SaHaBaT , NoRLia aWaNG!!!~*~



Waahhh … Tua dah opismate iBu CHoMeL ni ! Hahahaha .. Tak pe , tak peee.. Tua tua , berisi .. Haaa.. hahaha ..Jangan marah aa…


Buat sahabatku, Norlia Awang  yang berusia 32 tahun .. Semoga Allah berkati usaha anda selama ini... Teruskan berbakti pada orang tua... Cekalkan hati pada apa jua ujian yang melanda... Hanya Allah saja tahu betapa anda punya hati yang tulus ikhlas..Pedulikan apa yang orang nak kata... yang penting kita HAPPYYYYY :D

Friday, 9 May 2014

~*~SeLaMaT HaRi iBu~*~

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Ya Allah, Ya tuhanku.. rendahkanlah suaraku, perindahkanlah ucapanku dan lembutkanlah hatiku untuk ibuku & ibu mertuaku..
 
 Puan Hamidah binti Din & Puan Puteh binti Arif.. berikanlah balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku & suamiku, peliharalah dia sebagaimana dia memeliharaku & suamiku..

Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanlah dirinya sebagaimana dia mengasihaniku & suamiku sejak kecil
panjangkanlah usianya, murahkanlah rezekinya dan berikanlah keberkatan dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga
 
Sesungguhnya Engkau yang memiliki Kurniaan Yang Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Amin