Wednesday, 10 August 2005

~*~ MaJLiS CuKuR JaMBuL - FaTiNi (PaRT 2) ~*~

Pagi nie, akn berlangsung majlis cukur jambul ank iBu CHoMeL & aBaH di umah ToK PuTiH & WaN MaD... Disaksikan saudara mara, rkn kenalan, majlis dihrpn berjln lancar...
Nama NuRuL ALaNi FaTiNi nie dipilih olh aBaH, coz sebutannya lebih lembut selain maksudnya yg indah iaitu `CaHaYa KeTiNGGiaN KePiNTaRaN'...

NuRuL ALaNi FaTiNi slmt dilahirn scr pembedahan di HoSPiTaL BeRSaLiN PuLau PiNaNG pd pukul 9.03 pagi, 25 Julai lalu...

Alahai, comelnya ank ibu nie…


Tuesday, 9 August 2005

~*~ MaJLiS CuKuR JaMBuL - FaTiNi (PaRT 1) ~*~

Saja iBu CHoMeL nak snap gambar FaTiNi sblm hilang rambut keseluruhannya ....
Kata org tua, rambut dlm prt nie x elk simpan....
Lgpun lps bercukur nanti naik blk..... lg cantik

Thursday, 28 July 2005

~*~ FiKiR DuLu.... ~*~

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari
tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran
WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu
tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi.
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya
dia patahkan.
....

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di
kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima ??

Thursday, 16 June 2005

~*~ PaHaLa TeRaKHiR SeoRaNG iSTeRi ~*~

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan darpada Allah.

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba dipupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tidak keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumah tangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayani Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumah tangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.

Sebagai seorang pekerja yang juga sibuk di pejabat, ada kalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah dalam keluarga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapapun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang, saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah, Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau-senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-rnasing penat.

Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang hati saya dan anak-anak menyetujuinya.

Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada lagi hari untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.

Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan dan mengantuk segera lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.

Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dengan kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya, dan saya tidak sempat bertemunya.

Meskipun reda dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w; "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya... semoga Allah perkenankannya.

Sunday, 15 May 2005

~*~ DiSeBaLiK TaRiKH LaHiR aNDa ~*~

1hb.
Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2hb.
Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.

3hb.
Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam. menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.

4hb.
Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5hb.
Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6hb.
Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7hb.
Kamu seorang yang ´happy go lucky´ dan gemar berseronak. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8hb.
Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja!

9hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain vouge" manjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang ´setaraf´ juga.

10hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!

11hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????

12hb.
Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!

13hb.
Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14hb.
Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!!

15hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan ´last minutes´.

16hb.
Kamu ini seorang yang moody rupanya.... Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17hb.
Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.

18hb.
Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19hb.
Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.

20hb.
Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!

21hb.
Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain ´ambil mudah´ terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22hb.
Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa´ selamat´ bila berada di sampingnya.

23hb.
Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24hb.
Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.

25hb.
Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????

26hb.
Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja!!!!

27hb.
Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!

28hb.
Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan sidia tanpa disedari.

29hb.
Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.

30hb.
Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!

31hb.
Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!

Tuesday, 19 April 2005

~*~ SCaN LaGi ~*~

Ari nie iBu CHoMeL check-up lagi ....
iBu CHoMeL minta DR scan baby utk kali nie...
Kan nyer apa ... nak tau baby iBu CHoMeL dah bsr mana?
DR kata baby iBu CHoMeL chat n x dak mslh
Alhamdulillah .....
Usul iBu CHoMeL kali nie DR terima .... yeh leh scan...
DR kata x elok utk baby scan slalu....
Ok iBu CHoMeL rasa nie terakhir 'iBu CHoMeL scan....
Kini baby iBu CHoMeL dah 4 bln...

Tuesday, 15 March 2005

~*~ KHaSiaT PeLuK iSTeRi ~*~

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,´´ katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit´ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,´´ katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,´´ kata Fadzilah.

Tuesday, 8 February 2005

~*~ PeNaNTiaN BeRaKHiR ~*~

Alhamdulillah ...
Lps nie iBu CHoMeL berpeluang join club ibu2 sedunia...
iBu CHoMeL tlh disahkan hamil 14 minggu ...
iBu CHoMeL lansung x sangka mengandung walau period iBu CHoMeL delay...
Maklumla period iBu CHoMeL ni x regular.... sthn 2x jer...
Alhamdulilah penantian stlh hampir 3 thn bersama my belove .... cita-cita iBu CHoMeL tercapai ....
X sbr nak gtau hubby n family....