Wednesday, 24 August 2011

~*~ SaLaM RaMaDhAn & SLMT HaRi RaYa AiDiLfItRi ~*~

Andai ada terlanjur kata,
terkasar bahasa,
khilaf perbuatan,
kurang persefahaman,
janji yang tidak tertunai,
hajat yang tidak tercapai,
rasa yang terabai,
ku hulur sepuluh jari,
dengan rendah diri,
memohon maaf setulus hati,
semoga nikmat ramadhan dan aidilfitri,
yang kita masih berpeluang kecapi kali ini,
membawa sejuta makna dan berkah buat diri,
Mana yang baik kita kongsi,
Mana yang buruk kita perbaiki,
Saling memaafi, Saling mengasihi,

Salam Aidilfitri, ikhlas dari AZHAR, EINA & FATINI

Sunday, 17 July 2011

~*~ ToM YaM aYaM ~*~

Horeeeyyy... ari nie aBaH balik.. otw dari Besut, Terengganu ke Penang... Walau dalam keadaan tak berapa chat... iBu CHoMeL ingat nak masak tom yam... tgk bahan cam ok jer nak ON... so ini lah Tom Yam Khas Buat Suamiku

Bahan-bahan :-
100g isi ayam ( di potong kecil )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4 sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah anda)

Cara Penyediaan

1. Didihkan air stock ayam dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan.

Saturday, 25 June 2011

~*~ HaTi aYaM GoReNG ~*~

Bahan :
500 hati ayam
5 s/b minyak
1 s/k kunyit
1 s/k garam
3 biji limau kasturi [ambil jusnya]
1 pokok daun bawang [potong pendek]
Bahan hiris :
1 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
5 tangkai cili api
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara :
1. Hati ayam dibersihkan dan toskan kering. Gaulkan dengan kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan masukkan hati ayam. Biarkan sehingga masak.
3. Kurangkan sedikit minyak dan masukkan bahan hiris. Kacau rata.
4. Bila telah layu masukkan jus limau dan daun bawang. Kacau rata.
5. Masukkan dalam pinggan dan hidangkan.

Monday, 16 May 2011

~*~ SeLaMaT HaRi GuRu ~*~

Thn nie kakak FaTiNi nyatakan hasrat tuk bg hadiah sempena Hari Guru... Puas iBu CHoMeL fikir nak bg apa kat cikgu2 dia.... lastly iBu CHoMeL terpandang FB MiRa iCHiGo, opismate iBu CHoMel... pilih punya pilih iBu CHoMeL amek bentuk bantal kecik....
 Suka sgt kakak FaTiNi bila iBu CHoMeL tunjukan hadiah tuk cikgu2 dia...


 Punya la sengih....
 Wit Cik Khoo Guat Cheen , Guru Kelas Pagi [Kumpulan Topas]
Wit Puan Jalila Bt Abdul Razak, Pembantu Guru Kelas Pagi [Kumpulan Topas]
Wit Puan Noor'ain Akbar, Penyelia Kelas Petang
Wit Puan Nurazlifa Bt Mohd Ali, Guru Kelas Petang [Kumpulan Siti Khadijah]
Wit Cikgu Siti Aminah, Pembantu Guru Kelas Petang [Kumpulan Siti Khadijah]