Sunday, 17 July 2011

~*~ ToM YaM aYaM ~*~

Horeeeyyy... ari nie aBaH balik.. otw dari Besut, Terengganu ke Penang... Walau dalam keadaan tak berapa chat... iBu CHoMeL ingat nak masak tom yam... tgk bahan cam ok jer nak ON... so ini lah Tom Yam Khas Buat Suamiku

Bahan-bahan :-
100g isi ayam ( di potong kecil )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4 sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah anda)

Cara Penyediaan

1. Didihkan air stock ayam dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum....
Sila tinggalkan comment anda disini...
SATU pun jadilah :)