Macam biasa bangun pagi... lepas solat iBu CHoMeL terus masuk dapur... siap apa yang patut tuk sarapan pagi... kannya apa... nanti Deq Auni bangun apa pun tak boleh buat...
Pagi nie iBu CHoMeL tak dak idea nak masak apa... iBu CHoMeL kuarkan koktail sosej, nugget, french fries & karipap segera... iBu CHoMeL rasa cukup la kot buat sarapan pagi nie... Jadi nie la sarapan kami pagi nie...
Dah sarapan ja kakak request kat iBu CHoMeL nak beli tongkeng ayam bakar... iBu CHoMeL tinjau dalam peti sejuk bahan-bahan nak buat Tongkeng Ayam Bakar Bermadu semua ada... Jadi tambah satu lagi projek masak memasak... iBu CHoMeL siapkan bahan perap Tongkeng Ayam dulu dan ketepikan...
Siap perap Tongkeng Ayam jer... Timbul idea nak buat Nasi Tomato... Lauknya plak Daging Masak Hitam... Lagi pun ari nie kan bestday Encik Asben... Kira ok la tu nak jamu kawan-kawan yang bertandang... Sini iBu CHoMeL kongsikan resepi-resepinya :)
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan beras (cuci dan rendam 30 minit)
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
3 1/2 cawan air
1 cawan susu sejat
Garam secukup rasa
Bahan Tumis
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum.
2. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.
3. Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu sejat.
4. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Biarkan nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
5. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.