Tuesday, 29 July 2014

~~:: SaLaM LeBaRaN 2014 ::~~

Dan dengan kesempatan ini iBu CHoMeL dan famili mengucapkan;

"Taqabbalallahu Minna wa Minkum"

“Selamat Hari Raya Aidil Fitri"
Mohon Maaf Zahir & Batin” sekiranya terdapat apa apa kesalahan, kesilapan dan tulisan, sama ada secara sedar atau tidak sedar yang iBu CHoMeL dan famili telah lakukan selama kita mengenali.

Wallahualam.

~*~ SeLaMaT HaRi LaHiR SaYaNGGG... ~*~

Selamat Hari Lahir yang ke 9 tahun, Nurul Alani Fatini...

Alhamdulillah dah 9 tahun anak ebu... Ebu doakan semoga kakak berjaya dunia akhirat, semoga kakak menjadi anak yang solehah, anak yang membanggakan ebu DISANA nanti, sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan ketahuilah olehmu, ebu, abah dan adik sayangkan kakak... Walau ebu tahu, kakak kadang-kadang marah dengan ebu sebab tak belikan apa yang kakak mahukan, marah bila kakak mengusik adik, tapi itu semua kerenah biasa seorang anak... Apapun ebu bersyukur pada Allah kerana mengurniakan anak yang baik seperti kakak...

HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!!!

Wednesday, 16 July 2014

~~::PoN! PoNN!! 1ST KuiH RaYa DaH SaMPai : SeMPRiT::~~

Tara!!! Macam nie lah al-kesahnya iBu CHoMeL tiap2 tahun raya... Sibuk membeli itu ini....heheheeee
Beli untuk diri sendiri tak banyak mana pun, cuma sibuk membeli untuk bonda & MIL^_____^
Chek bukan apa ,  supercaring kata orang putih...ahaks ! Perasaan raya tak teruja sangat [ serius! kalo tak raya pun tak kesahhh ] cuma excited buat preparation untuk mak, adik-beradik, anak-anak dan anak buah...


Pagi nie msk keja ja... tgk2 atas meja dah ada kuih ni... nie baru satu... baru mula la... tguuu ada lagi akan menyusul ^____x

Saturday, 28 June 2014

~~::AHLaN WaSaHLaN RaMaDHaN AL-MuBaRaK....::~~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dengan keizinan Allah s.w.t dapatlah kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak setelah setahun ia meningggalkan kita.

Apa yang ada di bulan Ramadhan ini?

Bulan Ramadhan ini adalah bulan seribu rahmat, penuh dengan hadiah-hadiah buat hamba-hambaNya yang benar-benar taat & ikhlas dalam beribadah dan benar-benar mahu berubah menjadi insan kamil...

Hidupkanlah Ramadhan kali ini dengan mengerjakan ibadah-ibadah dengan penuh kesungguhan dan hiasilah rumah-rumah dengan cahaya-cahaya zikrullah serta wirid-wirid yang berpanjangan serta hidupkanlah ibadah malam dengan penuh kekusyukkan demi mendapat keredhoan dari Allah dunia & akhirat... insyaallah.

Jangan sama sekali menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan untuk kita beristirehat kerana tatkala tiba sakratul maut nanti tanpa dalam pengetahuan kita, maka kita akan menyesal sepenuhnya kerana gagal memenafaatkan Ramadhan yang dilalui.

Moga kita bersama-sama mengimarahkan Ramadhan kali ini dengan Nur Ilahi..insya allah.

Salam Ramadhan buat semua..

Wassalam

Friday, 30 May 2014

~*~SeLaMaT HaRi LaHiR SaHaBaT , KaK MaZNaH SYeD!!!~*~

Selamat Hari Lahir yang ke-31, kak M.
Happy 54th Birthday, sis M.
Sanah helwah 54, ukhti M.

Semoga akak bertambah sweet dan comel..
Semoga akak dipanjangkan umur dan murah rezeki..
Semoga akak sentiasa ceria dalam kehidupan akak..
Semoga impian akak menjadi kenyataan.
iBu CHoMeL sayang akak.. Muah!

Thursday, 29 May 2014

~*~ RaJa DR NaZRiN SHaH DiiSyTiHaR SuLTaN PeRaK Ke-35 ~*~

Sesi perisytiharan Sultan Perak yang baru... Untuk menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semala..
Raja Dr Nazrin Shah diistihar sebagai Sultan Perak yang ke-35
 Daulat Tuanku!


Wednesday, 28 May 2014

~*~ KeMaNGKaTaN SuLTaN aZLaN SHaH | KeHiLaNGaN.. :( ~*~

innalillahiwainnailaihirojiun...
Salam takziah buat ahli keluarga dan kaum kerabat diraja negeri Perak atas kemangkatan Almarhum Sultan Perak tgh hari tadi... iBu CHoMeL sangat terasa kehilangannya >___< ... moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan mereka yang beriman... Dari Dia kita datang kepada Dia juga kita kembali...
~ al fatihah ~


~*~ BuKiT JaMBuL LaKe ~*~

Saturday, 10 May 2014

~*~SeLaMaT HaRi LaHiR SaHaBaT , NoRLia aWaNG!!!~*~



Waahhh … Tua dah opismate iBu CHoMeL ni ! Hahahaha .. Tak pe , tak peee.. Tua tua , berisi .. Haaa.. hahaha ..Jangan marah aa…


Buat sahabatku, Norlia Awang  yang berusia 32 tahun .. Semoga Allah berkati usaha anda selama ini... Teruskan berbakti pada orang tua... Cekalkan hati pada apa jua ujian yang melanda... Hanya Allah saja tahu betapa anda punya hati yang tulus ikhlas..Pedulikan apa yang orang nak kata... yang penting kita HAPPYYYYY :D

Friday, 9 May 2014

~*~SeLaMaT HaRi iBu~*~

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Ya Allah, Ya tuhanku.. rendahkanlah suaraku, perindahkanlah ucapanku dan lembutkanlah hatiku untuk ibuku & ibu mertuaku..
 
 Puan Hamidah binti Din & Puan Puteh binti Arif.. berikanlah balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku & suamiku, peliharalah dia sebagaimana dia memeliharaku & suamiku..

Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanlah dirinya sebagaimana dia mengasihaniku & suamiku sejak kecil
panjangkanlah usianya, murahkanlah rezekinya dan berikanlah keberkatan dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga
 
Sesungguhnya Engkau yang memiliki Kurniaan Yang Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Amin

Sunday, 13 April 2014

~*~ BLoGGeR YuNa BeLLa PeRKeNaL TuDuNG BaWaL GaYa BaRu!!! ~*~

Blogger Yuna Bella dalam satu nukilan di blognya memperkenalkan gaya penggunaan tudung bawal  yang agak menarik dan beliau menggelarnya sebagai "Tudung Bawal Mawar Fizo Omar". Jom Ikuti nukilan beliau yang iBu CHoMeL copy and paste dari blog Yuna Bella:




Nie adalah adik kepada blogger Yuna Bella...


Inilah blogger Yuna Bella...

Jom try :


mesti ada pin, dan brooch besar, make sure dia punya jarum panjang, so senang nak pin.


guna bawal biasa jer, pastu samakan yang depan.

 
 pakai ja macam biasa.



untuk yang tengkuk pendek, boleh pin kat belakang, nampak lagi kemas, tak nak letak pon boley :)
Bagu iBu CHoMeL tak suka letak.. so terpulang pada masing...


ok start gumpalkan atau lipatkan tudung, boleh start dari tengah tudung atau jarak sejengkal macam tu
  

lipat tudung secara menaik 


boleh cuba lipat siap-siap then terus pin atau pun, buat satu-satu macam dalam gambar
iBu CHoMeL pulak rasa cam susah jer nak lipat sambil pin.. so iBu CHoMeL lipat siap-siap baru pin...
  

ok bajet lah nak singkat atau labuh. sebab tu kena pin yang panjang, kalau x, nanti x boleh nak pin.


selesai pin, jangan susah hati. dia memang akan messy macam ni.. iBu CHoMeL pun rasa cam tak comei ja.. lps adjust dan cantikkan lipatan tu baru ok..


nak senang , buat macam dalam gambar ni , satukan hujung yang bercabang .


pin kat belakang tudung yang di kemaskan tu .


siap! kalau rasa singkat , boleh turunkan lipatan tu or jangan pin belakang tudung :)


sekarang ni nak pergi mana pun aku buat gaya cam gini jer. senang, ringkas.

selamat mencuba ya ;) 

Sumber: Yuna Bella Blog

Nie plak cubaan pertama iBu CHoMeL hihihi :)



Saturday, 5 April 2014

~*~ XTVT HuJuNG MiNGGu Nie ~*~

Alhamdulillah dari smlm dok pikir nak msk apa & inilah hasil buah fikiran kakak FaTiNi & abah..

Breakfast kami pagi ni....


Biasanya org panggil mihun ni.. Mihun Bodo.. Coz x dak sayur.. Tu pun alhamdulillah puteri2 iBu CHoMeL & Encik Asben berselera makan.. Terutama kakak FaTiNi.. 3 pinggan sekali adap :)



Selesai breakfast iBu CHoMeL masuk semula ke dapur.. Prepare tuk lunch pulak.. Apapun jom tgk ;)


Simple jer.. Tp bila masak dengan kasih sayang pasti lebih sedap.. Menu tengahari kami.. Ayam Goreng.. Puyu Kering Goreng.. Sawi Goreng Bertelur.. Ulam Timun & Sambal Belacan.. Tokeng Ayam Bakar Bermadu.. & akhir sekali Ayam Masak Kicap Berempah..

Tapi hari ni iBu CHoMeL nak kongsikan resepi Ayam Masak Kicap Berempah.. Bagi yang nak resepi Tokeng Ayam Bakar Bermadu ble jer tgk blk post iBu CHoMeL yang lepas.. Ok sekarang kita layan dulu resepi nie.. Jom :)


BAHAN-BAHANNYA :-)
8-10 ketul bahagian ayam, cuci bersih*
1 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*gaul rata dan perap sekejap)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, kerat 3 dan dititik
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1/4 cawan kicap lemak Jalen
4 camca besar kicap manis ABC
1 camca besar cili kisar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing, kasi dia lembap2 sudah. Angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih, halia dan cili kisar hingga harum dan cili garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan sedikit air. Masukkan kicap lemak dan ayam. Gaul rata2. Tambah kicap manis, cili merah, cili hijau dan bawang besar. Masak hingga pekat.
  3. Akhir sekali kalu anda suka berkuah, boleh tambah sedikit lagi air. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih.

Friday, 4 April 2014

~*~TaK TaHu NaK MaSaK aPa... ~*~

Esok cuti.. iBu CHoMeL msh x dak idea nak msk apa.. So iBu CHoMeL ajak abah ronda2 Giant tgk apa yg patut.. Mn tau masa dok ronda2 mai idea nak msk apa tuk breakfast lunch & dinner..






Cer tgk putri2 iBu CHoMeL dah ready nak bawa iBu CHoMeL p Giant hi3..








Nie la xtvt wajib kalau mai Giant.. Lps beli apa yg patut.. iBu CHoMeL naik atas jap bg dua beradik ni main.. Pastu terus blk umah.. Mls iBu CHoMeL nak kuar lagi.. Letih.. Nak rest lak he3