Saturday, 5 April 2014

~*~ XTVT HuJuNG MiNGGu Nie ~*~

Alhamdulillah dari smlm dok pikir nak msk apa & inilah hasil buah fikiran kakak FaTiNi & abah..

Breakfast kami pagi ni....


Biasanya org panggil mihun ni.. Mihun Bodo.. Coz x dak sayur.. Tu pun alhamdulillah puteri2 iBu CHoMeL & Encik Asben berselera makan.. Terutama kakak FaTiNi.. 3 pinggan sekali adap :)



Selesai breakfast iBu CHoMeL masuk semula ke dapur.. Prepare tuk lunch pulak.. Apapun jom tgk ;)


Simple jer.. Tp bila masak dengan kasih sayang pasti lebih sedap.. Menu tengahari kami.. Ayam Goreng.. Puyu Kering Goreng.. Sawi Goreng Bertelur.. Ulam Timun & Sambal Belacan.. Tokeng Ayam Bakar Bermadu.. & akhir sekali Ayam Masak Kicap Berempah..

Tapi hari ni iBu CHoMeL nak kongsikan resepi Ayam Masak Kicap Berempah.. Bagi yang nak resepi Tokeng Ayam Bakar Bermadu ble jer tgk blk post iBu CHoMeL yang lepas.. Ok sekarang kita layan dulu resepi nie.. Jom :)


BAHAN-BAHANNYA :-)
8-10 ketul bahagian ayam, cuci bersih*
1 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*gaul rata dan perap sekejap)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, kerat 3 dan dititik
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1/4 cawan kicap lemak Jalen
4 camca besar kicap manis ABC
1 camca besar cili kisar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing, kasi dia lembap2 sudah. Angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih, halia dan cili kisar hingga harum dan cili garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan sedikit air. Masukkan kicap lemak dan ayam. Gaul rata2. Tambah kicap manis, cili merah, cili hijau dan bawang besar. Masak hingga pekat.
  3. Akhir sekali kalu anda suka berkuah, boleh tambah sedikit lagi air. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum....
Sila tinggalkan comment anda disini...
SATU pun jadilah :)