Thursday, 22 November 2012

~*~ KeNaNGaN iNDaH KaLa HaMiL KaLi Ke-2 ~*~


iBu CHoMeL amat seronok preggy kali nie.... Yea la kalau ikutkan Dr Jabatan Kardiologi, iBu CHoMeL dah tak boleh preggy lagi.... Katanya risiko tinggi.... Tapi Alhamdulillah, dengan kuasa Allah S.W.T kalau DIA nak bagi tak boleh pun boleh dengan kuasa-Nya.... iBu CHoMeL masih boleh preggy walaupun dalam pemantauan.... iBu CHoMeL perlu buat urine test bagi elakkan iBu CHoMel mengandung..... Ye la kalau nak pakai alat takut kalau2 ada kes emergency nak kena buang semua dulu.... Jadi iBu CHoMeL abadikan gambar2 ini bagi merakamkan kenangan indah yang tidak akan muncul kembali selepas ini.... 



Monday, 29 October 2012

~*~ BeRCuKuR RaMBuT MeNuRuT iSLaM ~*~

Islam mgalakkan amalan mencukur rambut anak yg baru lahir pd hari ke-7 kemudian rambut td  ditimbang dgn nilai perak & disedekahkan nilaian tersebut kpd fakir miskin....  Antara hikmat melakukan amalan sunnah ini adlh hikmat kesihatan iaitu dgn membuang rambut ini dpt membuka rongga-rongga rambut yg seterusnya akan mengukuhkan panca indera penglihatan, pernafasan & pendengaran anak....

Hadith riwayat Anas bin Malik r.a yg bermaksud :"Bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh mencukurkan rambut al-Hasan & al-Husin pada hari ke-7 mereka, & rambut2 mereka tlh dicukurkan & disedekahkan seberat timbangan perak"....
Selain bercukur, sunat jg utk menyembelih aqiqah iaitu 2 ekor kambing bg anak lelaki @ seekor kambing utk anak perempuan serta memberi nama kpd bayi berkenaan....
At-Tirmidzi, An-Nasai’e & Ibnu Majah telah meriwayatkan drpd al-Hasan drpd Samrah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “Setiap anak bergantung kpd aqiqahnya, disembelih utknya pd hari ke-7nya & dicukur kpd serta diberi nama”.

Friday, 26 October 2012

~*~ SaLaM eiDuL aDHa 1433H ~*~



"Labbai Kallah Humma Labbaik, Labbaikala Syarikalaka Labbaik, Innal Hamda Wanni'mata Lakawal Mulk La Syarikalak".....

"Hambamu datang menyahut panggilanmu.... Tidak ada sekutu bagimu.... Hambamu datang menyahut panggilanmu.... Sesungguhnya segala pujian dan nikmat.... Dan pemerintahan adalah kepunyaanmu.... Tidak ada sekutu bagimu....

26hb Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah, kita semua menyambut Hari Raya Aidil Adha....Hari ini merupakan hari yang ke-5 iBu CHoMeL berpantang.... Jadi iBu CHoMeL mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini, pada mereka yang mengerjakan ibadah haji moga mendapat haji mabrur, ameeennn.... Pada yang pulang ke kampung atau kemana2 sahaja, berhati2 di jalan raya..... Salam Aidil Adha dari iBu CHoMeL sekeluarga.....

Tak lupa juga buat aBaH, Selamat Hari Lahir yang ke-31 hari ini..... iBu CHoMeL ucapkan semoga panjang umur, di murahkan rezeki, sihat2 selalu dan sentiasa dalam lindungan, keberkatan dan rahmatNya, ameen..... Hadiah untuk tahun ini iBu CHoMeL telahpun diberikan pada tanggal 22 Oktober 2012 baru2 ni, hadiah yang membawa penuh bermakna buat kita sekeluarga..... :)

Monday, 22 October 2012

~*~ KiNi TiBa... ~*~

Hari nie, tanggal 22 Oktober 2012.... Adlh detik yg bersejarah wat kali ke-2 dlm hidup iBu CHoMeL & aBaH suami terchenta.... Kejap jerr lg iBu CHoMeL bakal melahirkan sorg lg umat Nabi Muhammad S.A.W ke dunia ini... Mcm2 perasaan ada.... Takut, gembira & x sabar melihat insan yg iBu CHoMeL kandung selama 38 minggu... Tiap hari kemana sahaja iBu CHoMeL bawanya.. Tapi hari ini.... dia akan terpisah dari iBu CHoMeL....

Seawal 5.30 pagi iBu CHoMeL dah bangun, mandi2 siap utk solat subuh terus jerr kena pakai baju operation....

Dlm 6am, nurse mai psng iBu CHoMeL beg buang urine... Sebenarnya iBu CHoMeL dah mula berpuasa sejak pukul 12 malam tadi... Sakit oooo.... Rasa ngeri betoi.... Pdhal tiub tu lembut jerr.... Takot bila nak duduk....

7am nurse mai nak tolak iBu CHoMeL ke operation room... 7.30am iBu CHoMeL di tolak ke operation room. ni, schedule untuk hari ni ramai gak yg nak bersalin hari ni.... Masa iBu CHoMeL x nampak muka aBaH, sedih sungguh perasaan.... Tapi tu la.... Masa terkebil2 kat atas katil troli tu... Macam2 perasaan mai... Sejuk oooo.... Bilik OT.... Sgt2 sejuk.... Huhu... Beso nyer bilik OT... Nurse pun dah ready... Di suatu sudut, iBu CHoMeL terpandang troli nih... Errmm x lama lagi baby iBu CHoMeL akn di letakkan kat atas troli nih..

Then, iBu CHoMeL nampak doktor bius iBu CHoMeL .... tanpa berlengah lagi doc tros suruh iBu CHoMeL  lengkungkan bdn mcm 'udang'.... Coz dia dah ready nak cucuk iBu CHoMeL.... Huhuhu.... Sembang2 sat dulu b4 cucuk.... Check tekanan darah dulu.... Jantung pun kena check.... Takot tetiba pressure blood naik plak... X dak la sakit sangat cucuk kat tulang belakang & masukkan tiub halus.... Ready tuk kemungkinan2 yg bakal berlaku.... iBu CHoMeL bius separuh badan jerr... Dari pinggang ke kaki jerr....

Suasana dalam OT room, semuanya bz tuk kelahiran baby iBu CHoMeL... masa Dr memulakan operasi, iBu CHoMeL tak rasa sakit apa pun... Cuma rasa perut di goyang2 jer.. Sambil tu iBu CHoMeL terkebil2.... Sejuk gila OT room nih.... Sangat2 sejuk.... Rasa mcm bdn nak terketaq2 pun ada...

15 minit kemudian... Dr tunjukkan baby kat iBu CHoMeL.... Errmm Alhamdulillah.. Sgt2 touching.... akhirnya iBu CHoMeL dpt tgk baby yg iBu CHoMeL kandung selama 38 week... Kemudian Dr terus bg kat nurse tuk di bersihkan.... Ni la rupa baby iBu CHoMeL.... saat di lahirkan....
Alhamdulillah syukur pd Allah S.W.T... Atas nikmat kurniaan yg x ternilai ni.... iBu CHoMeL selamat melahirkan Ahmad Ariq Danial melalui pembedahan caesarean.... Next time.. next time dah x dak lg.... iBu CHoMeL dah wat BTL/ complete family/ ikat coz atas mslh kesihatan iBu CHoMeLyg x mengizinkan.....

Alhamdulillah..iBu CHoMeL bersyukur pd Allah S.W.T di atas kelahiran Ahmad Ariq Danial pd tanggal 22 Oktober 2012.... Alhamdulillah..... Syukur pd Allah S.W.T Ahmad Ariq Danial membesar dgn sihat & sempurna....Terima kasih kpd Dr & team kerana membantu proses kelahiran baby iBu CHoMeL......

Sunday, 21 October 2012

~*~ CHeCK-iN MaTeRNiTY HoSPiTaL ~*~

Spt entry yg lps.... Ari nie iBu CHoMeL dah kena msk hospital.... Perasaan iBu CHoMeL dah mula bcampur2 syok ada coz x sabar nak tgk baby yg bakal dilahirkan, takut pun ada coz esk nak kena operate....Ya Allah, KAU permudahkan lah segala-galanya.... ameen

Muka aBaH dah masam-manis2 dah coz kena sign brg operate.... Kalu ikutkan Borang Kemasukan Wad iBu CHoMeL dr DoKToR NiCHoLaS.... Admit 21 Oktober 2012 (Ahad) kul 8.00 pg, Operate 22 Oktober 2012 (Isnin) cuma waktu ja yg x tau lg.... Dr kt depend, kot2 ada kes kecemasan, kalu x dak kul 8.30 pg tolak msk operation room....

Pg nie sesudah subuh, iBu CHoMeL, aBaH & kakak FaTiNi dah siap2 nak p hospital.... aBaH dah mula angkat brg2 keperluan baby msk keta.... Brg baby iBu CHoMeL dah siapkan awal2 lg.... Smp kat hospital, daftar masuk wad, pastu confirm wad mana yg nak duduk... Kakak pula dah mula wat cite, x nak dok ngan aBah, nak dok dgn iBu CHoMeL kat hospital.... Puas iBu CHoMeL pujuk, lastly kakak ikut aBaH balik kampung amek ToK TuN.... Tgal la iBu CHoMeL sorg2 menanti dgn penuh debaran....

Selang ja bape minit, nurse dah mula mai nak psng drip, amek tekanan darah & apa2 yg patut la tuk esk.... Baby lak Alhamdulillah bergerak aktif.... sabar ek Insyaallah esk kita jumpa ye syg....

Monday, 15 October 2012

~*~ KuKu FaTiNi BiRu~*~

Ari ni macam biasa lebih kurang jam 7.30pagi iBu CHoMeL hantar FaTiNi ke Smart Reader Kids, Sungai Dua... iBu CHoMeL terus ke opis dulu sattle apa yang patut sebelum ke Dewan Persidangan Universiti (DPU)... Lagipun hujan lebat dan iBu CHoMeL berjanji dengan opismate iBu CHoMeL, SHuHaDa nak pergi sama2...

***********************************************************************************
Lepas sattle kerja2 yang penting, iBu CHoMeL dan SHuHaDa terus ke DPU. Lebih kurang jam 8.30pagi kami telah daftarkan diri dan mengambil tempat duduk.... iBu CHoMeL cup tempat duduk yang senang nak keluar ke tandas, maklumla dalam keadaan macam nie slalu nak ke tandas... Semua tu kena ambil kira, penting tuuuu...

************************************************************************************
Kursus mula jam 9.00pagi... Lepas satu sesi, lebih kurang 10.30pagi iBu CHoMeL terima satu panggilan daripada Teacher Devi, cikgu FaTiNi di Smart Reader... Teacher Devi bagitau yang kaki FaTiNi ditimpa meja tulis dan telah diletakkan ubat serta tiada apa yang perlu dirisaukan... iBu CHoMeL maklumkan yang iBu CHoMeL sedang mengikuti kursus dan iBu CHoMeL akan ke sana dalam jam 12.30 tengahari... iBu CHoMeL minta Teacher Devi jangan benarkan FaTiNi ke sekolah dulu...

************************************************************************************
Setelah selesai sesi pagi, iBu CHoMeL maklumkan kepada urusetia yang iBu CHoMeL mungkin masuk lewat untuk sesi petang kerana ada urusan anak... Lagipun iBu CHoMeL check-up kandungan 37 minggu dan mungkin yang terakhir di Pusat Kesihatan Bukit Jambul.... Selepas bagitau urusetia terus iBu CHoMeL ke Smart Reader untuk tengok keadaan FaTiNi...

Sesampai saja iBu CHoMeL di sana, iBu CHoMeL dapati FaTiNi sedang menangis... iBu CHoMeL tanya dengan Teacher Devi "Sejak tadi lagi ka FaTiNi menangis" Teacher Devi jawab "Ya,sejak tadi lagi dia tak berhenti nangis".... Mana nak berhenti nangis, iBu CHoMeL ingatkan tak la teruk rupa2nya kuku FaTiNi sampai membiru lebam... Geram betul iBu CHoMeL dengan Teacher Devi, katanya tak perlu risau tapi dan rupa kaki macam tu mana tak risau... Sejak iBu CHoMeL sampai FaTiNi asik bagitau "Sakit iBu, sakittttttt"... Ya Allah... Dah la esok dah nak start periksa akhir tahun.... Dah jadi macam ni....

iBu CHoMeL cuba pujuk Fatini agar jangan nangis lagi sambil drive ke klinik... Sampai ja di klinik Bukit Jambul, iBu CHoMeL daftarkan FaTiNi dulu... Sementara tunggu panggilan doktor iBu CHoMeL daftarkan diri di bahagian Klinik Ibu Anak...

iBu CHoMeL rasa lama sungguh doktor nak panggil FaTiNi... iBu CHoMeL berulang alik dari bahagian Pesakit Luar dengan bahagian Ibu & Anak.... Akhirnya bahagian Ibu & Anak yang panggil dulu... Macam biasa iBu CHoMeL perlu ke makmal untuk buar urine & HB test, jumpa Ketua Jururawat untuk pemeriksaan seterusnya jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut... Semasa pemeriksaan doktor, Dr Imran tanya kenapa kaki, iBu CHoMeL pun bagitau la yang kaki FaTiNi ditimpa meja.... Terus Dr Imran buat pemeriksaan ke atas kaki FaTiNi....

Dr Imran arahkan untuk buat x-ray untuk tengok keadaan tulang jari, amik ubat tahan sakit, buat cucian luka dan ambil satu suntikan untuk elakkan jangkitan kuman... FaTiNi dengar semua keterangan doktor, apa lagi melalak la dia tak mau cucuk... Tapi hasil pujukan iBu CHoMeL akhirnya berjaya... iBu buat semua nie untuk kebaikkan anak iBu...

Semua arahan Dr Imran iBu CHoMeL selesai di PKBJ, cuma satu saja yang tak selesai x-ray... Dr Imran minta iBu CHoMeL ke GH untuk x-ray bersama surat yang bakal disertakan... iBu CHoMeL usulkan buat di Klinik Kesihatan USM... Setelah doktor bersetuju terus iBu CHoMeL bawa FaTiNi ke Klinik USM... Sesampai di klinik tersebut sekali lagi iBu CHoMel di duga.... Kaunter pendaftaran enggan terima pendaftaran FaTiNi sebab iBu CHoMeL sampai di sana lebih kurang 4.15 petang.... Katanya Dr nak habiskan pesakit yang ada, lagipun jam hampir pukul 5 petang (dah nak balik kerja)... Tapi dengan izin Allah, salah seorang staf nurse kesian tengok FaTiNi yang dok menangis menahan sakitdan keadaan iBu CHoMeL yang dah sarat, terima FaTiNi sebagai pesakit terakhir dan terus bawa ke bilik x-ray seterusnya ke bilik doktor bertugas tanpa menunggu nombor giliran... Alhamdulillah semua berjalan lancar dengan izin-Nya... Hasil x-ray tiada masalah dengan tulang jari FaTiNi...

iBu CHoMeL call aBaH untuk maklumkan keadaan FaTiNi... Oleh kerana esok FaTiNi periksa, iBu CHoMeL kursus, aBaH willing nak turun (cuti) untuk hantar, tumggu selesai periksa & ambil FaTiNi dari sekolah... Alhamdulillah terima kasih aBaH.... Kalu tak semua tu iBu CHoMeL yang kena uruskan...

Inilah dikatakan dugaan... KITA HANYA MAMPU MERANCANG...


"Janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan... Aturan ALLAH itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang... Redha dan terimalah ketentuan ILAHI itu dengan hati yang terbuka serta yakinlah susunan ALLAh sentiasa yang terbaik buat kita semua... Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi..."

~~:: KuRSuS PRoToKoL DaN PeNGuRuSaN MaJLiS RaSMi::~~


Alhamdulillah... 
Minggu ni merupakan minggu terakhir iBu CHoMeL bekerja sebelum cuti bersalin... Semua nya berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang... Walaupun letih dengan pelbagai perancangan baru di Unit, alhamdulillah iBu CHoMeL dapat atasi dengan tenang... Letih tu jangan cakap la, memang letih sangat... Dah la dalm keadaan macam ni, bertambah lagi la letih nya...

Hari ni merupakan hari pertama iBu CHoMeL mengikuti kursus dan kursus terakhir buat iBu CHoMeL untuk tahun nie... Kursus yang iBu CHoMeL ikut kali ni adalah KURSUS PROTOKOL DAN PENGURUSAN MAJLIS RASMI... iBu CHoMeL harap dapat ikut kursus ni sampai habis...

KURSUS PROTOKOL & PENGURUSAN MAJLIS RASMI
15 - 17 OKTOBER 2012
8.30 pagi - 4.30 petang
DEWAN PERSIDANGAN UNIVERSITI (DPU), Kampus Induk
UNVERSITI SAINS MALAYSIA

Friday, 12 October 2012

~*~ PLaQue aNuGeRaH : KoNSeRT & KoNVo KoPeRaSi TaDiKa MiNDeN PuLau PiNaNG BeRHaD, USM ~*~

Tahun nie sekali lagi iBu CHoMeL ditugaskan untuk menyediakan plaque anugerah buat guru-guru yang layak.... Walaupun tengah sarat iBu CHoMeL cuba jalankan amanah yang telah diberikan.... Memang benar, Allah akan sentiasa menguji hamba2nya di dunia ini.... Sepertimana yang dijanjikan, plaque yang iBu CHoMeL tempah di Exacmust (M) Sdn. Bhd. di Sungai Ara, Pulau Pinang akan siap hari nie....


Lebih kurang jam 6.30 petang, lepas ambil kakak balik sekolah iBu CHoMeL sampai dekat show room company nie & terus iBu CHoMeL call Encik Fendi (Joe) untuk dapatkan plaque yang ditempah....

Tak lama lepas tu, Encik Joe sampai bawakan tempahan iBu CHoMeL.... Jumlah harga tempahan kali nie RM 378.00.... Oleh kerana iBu CHoMeL tak dak duit kecik iBu CHoMeL bayar RM 400.00.... Sementara tunggu Encik Joe bawakan balance bayaran, iBu CHoMeL tergerak hati nak check plaque2 yang ditempah.... Ya Allah, tersilap nama la pulak.... Mujur iBu CHoMeL check kalu tak, esok anugerah orang lain bagi dekat orang lain.... Bila Encik Joe sampai bawakan baki, terus iBu bagitau yang 2 plaque dah silap... Encik Joe kata tak pa dia akan buat lain untuk iBu CHoMeL & dia akan call bila siap nanti.... So iBu CHoMel balik rumah dulu coz dah nak masuk maghrib....

Lebih kurang jam 9.15 malam baru Encik Joe call & minta iBu CHoMeL collect.... Ini lah tempahan yang iBu CHoMeL buat bagi Anugerah Pendidik Cemerlang (Kelas Pagi & Petang), Anugerah Kedatangan Cemerlang & Anugarah Khas....

Wednesday, 10 October 2012

~*~ SeLaMaT ULaNGTaHuN PeRKaHWiNaN aBaH ~*~

10.10.2003 ~ 10.10.2012 


Alhamdulillah... hari ni genaplah 8 tahun iBu CHoMeL dan aBaH disatukan menjadi suami isteri....

Pertemuan yang secara tiba-tiba... Cinta yang hadir tanpa diduga... Semuanya bermula secara kebetulan... Itulah yang dikatakan takdir Allah S.W.T... Tiada siapa yang dapat menolaknya dan menjangkakannya... Sepanjang 8 tahun ini sudah cukup banyak pengalaman iBu CHoMeL tempuhi dan dilalui bersama aBaH, suamiku... Dan iBu CHoMeL dan aBaH telah dianugerahkan seorang puteri NuRuL aLaNi FaTiNi (cahaya ketinggian kebijaksanaan) sebagai penyeri hidup iBu CHoMeL dan aBaH... Kini iBu CHoMeL dan aBaH sedang menunggu kelahiran cahaya mata yang kedua yang bakal dilahirkan pada 22 Oktober ini... Pelbagai asam garam hidup berumahtangga, ada manis ada pahit tetapi Alhamdulillah semuanya dapat ditempuhi dengan baik...



Menjadi isteri kepada aBaH membuatkan iBu rasa bertuah... Bertuah kerana Allah S.W.T memberi peluang kepada iBu yang tidak punya apa-apa untuk disayangi oleh aBaH... aBaH lah tempat iBu bermanja, tempat iBu menangis, tempat iBu mengadu, tempat iBu menumpang kasih dan sayang dari seorang lelaki... Segala tawa dan tangis semuanya kita kongsi bersama... Dalam berumahtangga ini pasti ada pasang surutnya... Kadang kala ianya cukup menguji kesabaran tetapi itulah yang harus kita tempuhi untuk menjaga mahligai yang telah dibina dari hancur berkecai... Alhamdulillah kini, segalanya semakin bersinar dan iBu berdoa agar ianya kekal dan berpanjangan...

Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat dan tabah menempuhi liku-liku kehidupan di dunia ini sepanjang kita bersama... Ampunkan dosa-dosa iBu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki... Sempurnakanlah iBu sebagai isteri aBaH yang solehah... Terima kasih aBaH, atas segala pengorbanan, kasih sayang, kesetiaan dan cinta aBaH dalam menjalani hidup bersama... Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati kehidupan kita sekeluarga... Ameen...

Tuesday, 9 October 2012

~*~ CHeCK-uP 36 MiNGGu : aLHaMDuLiLLaH ~*~

Semalaman iBu CHoMeL tak leh nak tido.... Asyik fikirkan apa yang doktor kata semalam.... Hari nie dengan lemah iBu CHoMeL bangun nak siap2 pergi hantar kakak ke Smart Reader & terus ke MH nak check-up baby dengan Doktor Nicholas.... Ya Allah, moga2 semuanya selamat....

Dalam jam 8.30 pagi, iBu CHoMeL sampai dekat MH.... iBu CHoMeL dapat nombor 4008.... Maknanya iBu CHoMeL adalah orang yang ke 8 akan berjumpa Doktor Nicholas.... Tapi nasib tidak menyebelahi iBu CHoMeL, punya la lama nama iBu CHoMeL tak pangil2.... Jadi screening tak buat lagi.... Lebih kurang 10.30 pagi iBu CHoMeL ke kaunter kad tanyakan adakah kad iBu CHoMeL tak jumpa.... Biasanya kalau lambat itu lah alasan yang dia orang bagi.... Tapi tidak terpampang kad iBu CHoMeL atas meja kaunter tapi nama iBu CHoMeL tak panggil2.... Lepas tu iBu CHoMeL tengok kerani yang incharge tu nak buka resit untuk iBu CHoMeL.... iBu CHoMeL diam lagi nak tengok cara dia buat kerja.... Dia minta iBu CHoMeL bayar RM5.00.... iBu CHoMeL kata tak check habis ker, saya kakitangan kerajaan.... Bila dia check balik dia minta maaf & terus bagi kad iBu CHoMeL.... Dia buat macam mana dengan resit tu iBu CHoMeL tak tau la, sedangkan dia dah tulis nama iBu CHoMeL dah.... Lantak lah, yang penting ada benda penting yang iBu CHoMeL fikirkan....

Lepas tu iBu CHoMeL terus ke kaunter ujian air kencing & berat... Semuanya normal.... Lepas tu pulak iBu CHoMeL ke kaunter check BP & keputusannya normal.... Nurse tu cakap coz baru semalam buah HB test so hari nie tak perlu.... iBu CHoMeL terus letak kad dekat kaunter kad & kaunter ambil next appointment & terus duduk depan bilik no 6, bilik Doktor Nicholas.... iBu CHoMeL nampak Doktor Nicholas keluar dari bilik & ambil kad iBu CHoMeL, bape minit lepas tu no iBu CHoMeL di panggil....

As usual, doktor tanya macam mana ada sebarang masalah tak.... iBu CHoMeL kata tak dak masalah apa cuma nak minta doktor tengok surat rujukan nie.... Lepas doktor baca, dia belek result scan yang sebelum nie.... Doktor tanya kenapa doktor cakap macam nie.... iBu CHoMeL kata ntah la doktor, sebelum ni ok ja.... Lepas tu doktor minta iBu CHoMeL baring di katil nak check perut.... Dah tu doktor bagi tau dia akan scan sekali lagi & ini adalah last scan nak confirm sebab result sebelum nie semua normal... Doktor Nicholas yang buat sendiri scan kali nie.... Doktor bagitau dia akan rekodkan kat dalam buku merah & minta iBu CHoMeL tunjuk kepada doktor klinik kesihatan masa follow-up akan datang....

Syukur alahamdulillah hasilnya cukup positif.... Berat baby iBu CHoMeL adalah 4.164kg @ 4164g.... Doktor Nicholas agak marah dengan doktor klinik kesihatan sebab mengeluarkan kenyataan macam tu, sedangkan masih ada 2 minggu lagi nak bersalin.... Dengan serta merta susah hati iBu CHoMeL reda.... Lebih kurang jam 11 pagi iBu CHoMeL selesai semua... iBu CHoMeL terus call aBaH coz nak kongsi kegembiraan dengan aBaH... aBaH syukur sangat2, ye la dah iBu CHoMeL berjauhan dengan aBaH, seorang utara & seorang selatan.... Insyaallah 20hb baru aBaH balik coz iBu CHoMeL admit 21hb jam 8.00 pagi....

Monday, 8 October 2012

~*~ CHeCK-uP 36 MiNGGu : BaBY KeCiL DaLaM KaNDuNGaN ~*~

Hari nie kalu diikutkan iBu CHoMeL ada appoinment di Klinik Ibu Anak, Pusat Kesihatan Bukit Jambul jam 8.00 pagi.... Tapi iBu CHoMeL tunda ke jam 2.00 petang.... Nie semua sebab iBu CHoMeL nak join Mesyuarat Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad yang dijadualkan hari nie juga.... Bukan nya apa sayangkan elaun kehadiran mesyuarat RM40.00 tuuuu... Rugi la kalu tak pergi.... Lagipun tujuan kedua iBu CHoMeL join mesyuarat sebab nak tau berapa kadar pembahagian keuntungan untuk tahun nie.... Alhamdulillah 12.50%... Lepas makan makanan tengahari baru iBu CHoMeL balik opis... Tahun nie Nasi Tomato, Daging Masak Hitam, Dalca & Minum Air Oren & Air Ribena.... Alahamdulillah makan free....

Dalam pukul 2.00 lebih baru iBu CHoMeL keluar ke Klinik Ibu Anak, Pusat Kesihatan Bukit Jambul nak check baby.... Lebih kurang 10 minit iBu CHoMeL sampai.... Kalu ikut plan doktor 2 minggu lepas, hari nie nak scan baby.... Boleh la tau perkembangan baby sehingga hari nie....

Macam biasa iBu CHoMeL jalankan rutin check-up.... Letakkan buku merah dalam bakul disediakan ikut jam temujanji untuk nurse dapatkan buku salinan di klinik.... Tunggu nama dipanggil untuk jalankan urine test & HB di makmal.... Dah tu letak buku dalam bakul & tunggu nurse panggil untuk BP test, notekan jumlah berat & minggu kandungan.... Selepas semua selesai, tunggu Ketua Nurse panggil & check perut pulak....

Masa jumpa Ketua Nurse nie lah cerita yang cukup susahkan hati iBu CHoMeL bermula.... Ketua Nurse tanya iBu CHoMel macam mana keadaan sekarang?... iBu CHoMeL katakan sihat saja tiada masalah.... Ketua Nurse minta iBu CHoMeL naik ke katil untuk ukur ketinggian perut iBu CHoMeL.... Katanya kalu diikutkan 36 minggu mesti dapat ketinggian sama atau lebih dari tu, tapi tidak cuma dapat 34 cm ja.... 2 3 kali Ketua Nurse tu ukur tetap pada ukuran yang sama.... iBu CHoMeL tanya la kat Ketua Nurse tu, kenapa ada masalah ka dengan kandungan iBu CHoMel.... Tapi katanya tak dak apa biasa la sebab baby dah turun ke bawah.... iBu CHoMeL dah mula risau.... Lepas tu dia check jantung baby, degupan dalam tahap normal.... Lepas tulis semua yang patut, Ketua Nurse rujukkan kes kepada doktor.... Katanya sekarang tiap kali mai check-up kena jumpa doktor sebab dah dekat nak bersalin....

Tunggu la pulak doktor panggil.... Sama juga masa jumpa dengan Ketua Nurse iBu CHoMeL tiada complain.... Doktor tongok balik plan 2 minggu lepas, doktor minta iBu CHoMeL naik ke atas katil, nak scan katanya.... iBu CHoMeL ikut ja, excited juga nak tau perkembangan baby.... Masa tengah scan doktor cakap baby iBu CHoMeL kecil dari saiz normal.... iBu CHoMeL minta kepastian, kenapa scan sebelum nie normal ja, kenapa kali ni kecil pulak.... Hanya Allah saja yang tahu perasaan iBu CHoMeL masa tu.... Doktor kata dia akan buat surat rujukan untuk iBu CHoMeL bawa masa check-up kat MH nanti... iBu CHoMeL pun bagi tau yang esok adalah appointment iBu CHoMeL kat sana... Dia kata ok tunjukkan surat rujukan tadi dekat doktor pakar yang check iBu CHoMeL nanti & tengok apa doktor tu kata....

Ya Allah.... ada masalah ka kandungan iBu CHoMeL nie.... Kalau di tengokkan perut iBu CHoMeL nie bukannya kecik, dalam kategori besar nie.... Kurang kat mana la nie....

Selesai saja check up, iBu CHoMeL terus call aBaH bagi tau hasil check-up hari ni.... aBaH pun hairan kenapa sebelum nie tiada masalah tapi kali nie lain pulak resultnya.... aBaH kata apa pun kita tengok dulu result doktor pakar kat MH nanti.... aBaH minta iBu CHoMeL jangan susah hati sangat kesian baby katanya....

Nie la surat rujukan doktor klinik yang iBu CHoMeL kena bawa jumpa doktor pakar esok..... Apa dia tulis pun iBu CHoMeL tak tau.... Sikit pun iBu CHoMeL tak boleh nak baca....

~*~ MeSYuaRaT aGuNG TaHuNaN Ke-37 CO-OP USM ~*~

 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 37
KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD
8 OKTOBER 2012, 9.00 PAGI
DEWAN PEPERIKSAAN A, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Alhamdulillah.... Kali nie elaun mesyuarat naik RM40.00 berbanding tahun lepas... Dan pali syukur alhamdulillah diumumkan Pembahagian Untung bagi Akaun Berakhir 30 April 2012 adalah 12.5%... Semoga perniagaan Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad makin meningkat dari tahun ke tahun... ameeen

Sunday, 7 October 2012

~*~ FaHMi [DaY 82] - Mai RuMaH YoNG~*~

Dua tiga hari lepas iBu CHoMeL terima sms dari MaMa FaHMi ari nie...

Lebih kurang jam 12.30 tengahari iBu CHoMeL terima call dari ToK yang katakan otw dari Hospital Pantai Pulau Pinang..... Katanya MaMa FaHMi baru habis check-up....

Beberapa minit lepas tu sampai la uCuK YoNG.... Sampai ja terus buat perangai, rupanya basah + mengantuk.... Ala cian la uCuK YoNG mai cari buai umah YoNG.... Lepas MaMa bagi susu tak mau tido lak.... Tok kata jom kita mandi dulu baru tido....

Sementara tu iBu CHoMeL siapkan buai sambil goreng telur dadar coz dah nak makan tengahari.... Sesudah mandi, mamam susu terus tido.... Cian buai YoNG tak dak spring.... Tapi FaHMi nyenyak sangat.... Hujan lebat sangat, tu yang FaHMi nyenyak sakan...

Lebih kurang kul 3.30 petang baru siap nak bertolak balik... Tapi MaMa gtau nak singgah rumah kawan MaMa dulu dekat Halaman Cendana, Bukit Gedong dan terus balik Guar Chempedak, Kedah....

Friday, 5 October 2012

~*~ @ GiaNT HYPeRMaRKeT BaYaN BaRu, PeNaNG ~*~

 Hari iBu CHoMeL letih sangat... Mana tak nyer sehari suntuk dok seketul kat kerusi wat keja..... Tak abih2 dengan lagi Audit Pengurusan Hutang Universiti.... Kali kena work-out sal gaji & elaun yang lebih bayar lak.....

Dok pulun buat kerja sampai terlewat nak ambil kakak FaTiNi dari sekolah.... Dekat jam 6.30 petang baru sampai kat sekolah.... Lewat 1/2 jam tu.... Masuk ja kereta, kakak terus tanya "kenapa ibu lambat".... iBu CHoMeL cuma jawab "ibu banyak kerja la sayang".... iBu CHoMeL terus tukar topik.... "Hari ni kakak nak makan apa?".... Kakak pulak buat cerita "Ibu, kita asyik makan kat rumah ja, jomla makan kat luar, boring la".... iBu CHoMeL terlintas yang iBu CHoMeL masih belum beli Hot Water Bag lagi untuk tuamkan baby dan jadi pengganti tungku iBu CHoMeL masa berpantang nanti.... So iBu CHoMeL minta kakak tukar baju.... Tak kan dah malam pun nak pakai baju sekolah lagi....

Kakak ingat iBu CHoMeL nak balik terus, tapi iBu CHoMeL belok ke Giant... Punya la seronok usul kakak diterima.... Sampai ja kat Giant, iBu CHoMeL terus masuk Guardian cari Hot Water Bag dulu.... Ye la tu yang penting, kang terlupa pulak.... iBu CHoMel tengok tak la banyak pilihan, kakak pilih kan warna apa yang dia nak........ Ingatkan mahal benda nie..... Rupanya RM 9.90 jer.... Nie la pilihan kakak FaTiNi....
 Selepas tu kami berdua masuk Pelita Nasi Kandar... Pada mulanya kakak tak nak makan kat sini.... Kakak nak makan dekat food court coz ada mainan.... Tapi lepas pujuk, iBu CHoMeL dah letih sangat dia setuju.... iBu CHoMeL dan kakak pilih menu yang sama cuma Nasi Goreng Biasa, kakak minum Milo Ais dan iBu CHoMeL pulak minum Air Laici Ais......

Masa tengah makan, kakak sekali lagi usul nak makan aiskrim lepas makan nasi.... iBu CHoMeL ok jer... Lagipun dah lama gak iBu CHoMeL tak makan aiskrim.... Nie la aiskrim yang iBu CHoMeL beli...

iBu CHoMeL beli King's Bites Vanila untuk kakak dan untuk iBu CHoMeL pulak King's Magic Cup Raspberry Riple (Ice Cream With Raspberry Flavoured Sauce).... Elok nak bayar promoter ais tu bagitau yang King's Mango Sherbet tu beli 1 percuma 1... iBu CHoMeL pun apa lagi ambik la.... dah offer tak ambil rugi lak nanti..... Bukan senang nak offer macam tu....

Masuk kereta kakak terus nak makan, tapi nak makan sama2.... iBu CHoMeL nak drive mana boleh nak makan.... So dia tukar plan makan ja kat rumah.... Lepas mandi ja kakak layan aiskrim dia... Dah tak sabar dah nak makan....

Monday, 1 October 2012

~*~ PRoJeK MaKaN aLFReDo CoKLaT & Biskut FaMouS aMoS~*~

 Lepas makan2 Pra Aidiladha tadi, masing2 tak keluar lunch dah.... Masing2 cuma rehat kat opis jer....

Lebih kurang kul 3 petang, member unit iBu CHoMel merungut tak dak ka benda yang nak kunyah....

So iBu CHoMeL usulkan "Apa kata kita on jer projek habiskan Alfredo coklat & Biskut Famous Amos yang lama tertangguh tu?" ....

Masing2 senyum lebar ja.... Ya la makan benda free.... hi3




~*~ JaMuaN PRa AiDiL aDHa 2012 : JaBaTaN BeNDaHaRi, USM ~*~

Hari ini ada Jamuan PRA Hari Raya Aidiladha 2012, Jabatan Bendahari, USM.... Kali ni penaja utama oleh Encik Mohammad Abdullah, Timbalan Bendahari.... Tujuan jamuan ni juga adalah bertujuan untuk mengadakan kenduri arwah bunda tersayang yang telah kembali ke rahmatullah baru2 ni....

Apa2 pun biarlah gambar2 ini berbicara....

Sebelum jamuan dimulakan, Timbalan Bemdahari memberi sepatah dua kata & memohon sebagai satu keluarga perlulah adanya kerjasama antara satu sama lain.... Inilah gambar2 kenangan sebelum jamuan bermula.... Timbalan Bendahari juga memperkenalkan ahli keluarga baru Jabatan Bendahari iaitu Puan Nor Azwani Shamli yang menggantikan Puan Noor Zaini Khairul Khan....


Menu utama Nasi Tomato.... yang lain2 tu Laksa, Bihun Goreng, Ketupat & Rendang, Fruit Salad, Mashed Potatoes, Kuih Bengkang, Seri Muka Bakar, Sandwich Sardine, Dadih dgn pelbagai perasa, Sara Berlauk dll... X larat nak makan semua....



So habis lah aktiviti jamuan raya untuk tahun ni yang iBu CHoMeL boleh join sebelum bersalin.... Harap2 tahun depan diberi kesempatan lagi.... Ameen.....

Tuesday, 25 September 2012

~*~ LuNCH TeNGaHaRi TaDi ~*~


 
eRRKKKK.... Alhamdulillah.... Kekenyangan.... Sekian.... Jom sambung buat kerja....

Thursday, 20 September 2012

~*~ aKiBaT KoNVo USM Ke-46 ~*~



Hari ni iBu CHoMeL keluar dari opis macam biasa 6.30pm........ Kalau ikutkan hari hari ke-2 berlansungnya konvo.......... iBu CHoMeL ingatkan sama ja dengan semalam tak la sesak sangat.... Siap dok promote lagi kat opismate, kalau balik lepas kul 6.30pm jalam tak sesak...... lastly kena batang hidung... iBu CHoMeL kakak FaTiNi lebih kurang 6.40pm....... Jalan biasa iBu CHoMeL guna masuk balik dalam USM keluar ikut pintu Sg Dua.... Nak shortcut la konon.... Sekali kena queue sampai lebih kurang dekat kul 8pm... Bayangkan kalau waktu biasa iBu CHoMeL cuma amek masa tak sampai 10 minit, tapi hari ni lebih 1 jam.... Dah tu siap buat oneway.... Lorong yang iBu CHoMeL kena keluar ikut pintu Bukit Gambir...... Punya la sakit hati.... Nak cepat tapi lain yang jadi.....

Tuesday, 18 September 2012

~*~JaLaN2 LaWaT BaBY : iDaH ~*~


Dah hampir 2 mgu iBu CHoMeL plan nak p lawat baby opismate iBu CHoMeL dgn maksu.... Akhirnya tcapai gak.... Lunch tadi iBu CHoMeL, maksu & Sue kuar ke Batu Lanchang.... Puas cr & make phone call alhamdulillah lastly br jumpa Blok 23-11-10.... Ari nie Idah dah 26 hr bpantang.... Alhamdulillah, Idah dah slmt iBu CHoMeL msh menunggu giliran yg bakal tiba....

Wednesday, 12 September 2012

~*~ GiGi OoO GiGi ~*~


Ari nie Kakak FaTiNi ada apmnt gigi di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang.... So terpaksa la iBu CHoMeL amek cuti 1/2 ari.... Alahamdulillah aBaH pun cuti lg.... Ye la iBu CHoMeL skrg da x mampu dah nak drive lama2 & jauh2....

Lbh krg kul 0845 kami smp.... Tu pun da lwt dah.... Apmnt kul 0800.... Bila smp ja iBu CHoMeL bw Kakak FaTiNi terus ke Seksyen M kat tingkat atas tuk jumpa Jururawat Siti Maimunah.... Sambil tu snap dulu....
Kerusi kakak no. 180.... Sua muka ja jururawat tu tanya nape lambat.... Ms tu mmg da ada apmnt org lain.... Alhamdulillah jururawat tu suwuh member dia attend budak sorang lg tu.... So kakak Jururawat Siti Maimunah yg tgkan....
Slalunya proses nie amek ms lbh krg 1@2 jam br siap.... Da 0930 perut iBu CHoMeL da mula belagu.... Baby lak siap menendang2, da lapar la tu.... iBu CHoMeL ajk aBaH p mkn dulu kat kantin....

Dkt kul 1000 br blk ke Seksyen M tgu kakak siap....

Lama gak la tgu kakak siap.... Jururawat tu kata gigi kakak ada 2 kena tampal, tu yg amek ms ckit tu.... Dkt kul 1100 br bleh blk :)

Tuesday, 11 September 2012

~*~ TQ aBaH ~*~

Since kebelakangan nie iBu CHoMeL slalu sgt letih2 & x larat... Badab dah rasa semacan ja... Kat opis iBu CHoMeL wat ja keja mana yg mampu... Ya la cam ne pun nak kena gak sattlekan suma keja yg pending... Lagi [un EDD iBu CHoMeL dah makin dekat dah... Smp kat umah, trus lie down ats bed... Alhamdulillah, ari nie aBaH cuti... aBaH tanya iBu CHoMeL nak makan apa mlm nie... Nak makan kat luar @ nak aBaH masak... iBu CHoMeL x kisah pun makan kat mana & apa... Bab makan nie BB x cerewet pun, makan ja apa yg ada... Lgpun apa yg diidam suma dah dpt...


aBaH gtau malas nak makan kat luar... aBaH willing nak masak tuk malam nie... aBaH pun tinjau2 dlm peti sejuk tgk apa ada yg blh dimasak... Kebetulan lak ada ayam... aBaH kata OK la tu leh wat ayam masak kicap... kakak FaTiNi dgr suka la dia.... Ya la masakan kegemaran dia... aBaH & ank sama ja suka sgt dgn masakkan yg bkicap... Apapun thanks aBaH...


Thank to My Beloved Huuby bcoz memahami, tlg jagakan kakak, tlg cuci baju, tlg sidai baju, tlg kemas umah, tlg masak apa yg patut, tlg picit2 mana yg lengoh2, tlg sapu minyak angin, tolong...