Friday, 5 October 2012

~*~ @ GiaNT HYPeRMaRKeT BaYaN BaRu, PeNaNG ~*~

 Hari iBu CHoMeL letih sangat... Mana tak nyer sehari suntuk dok seketul kat kerusi wat keja..... Tak abih2 dengan lagi Audit Pengurusan Hutang Universiti.... Kali kena work-out sal gaji & elaun yang lebih bayar lak.....

Dok pulun buat kerja sampai terlewat nak ambil kakak FaTiNi dari sekolah.... Dekat jam 6.30 petang baru sampai kat sekolah.... Lewat 1/2 jam tu.... Masuk ja kereta, kakak terus tanya "kenapa ibu lambat".... iBu CHoMeL cuma jawab "ibu banyak kerja la sayang".... iBu CHoMeL terus tukar topik.... "Hari ni kakak nak makan apa?".... Kakak pulak buat cerita "Ibu, kita asyik makan kat rumah ja, jomla makan kat luar, boring la".... iBu CHoMeL terlintas yang iBu CHoMeL masih belum beli Hot Water Bag lagi untuk tuamkan baby dan jadi pengganti tungku iBu CHoMeL masa berpantang nanti.... So iBu CHoMeL minta kakak tukar baju.... Tak kan dah malam pun nak pakai baju sekolah lagi....

Kakak ingat iBu CHoMeL nak balik terus, tapi iBu CHoMeL belok ke Giant... Punya la seronok usul kakak diterima.... Sampai ja kat Giant, iBu CHoMeL terus masuk Guardian cari Hot Water Bag dulu.... Ye la tu yang penting, kang terlupa pulak.... iBu CHoMel tengok tak la banyak pilihan, kakak pilih kan warna apa yang dia nak........ Ingatkan mahal benda nie..... Rupanya RM 9.90 jer.... Nie la pilihan kakak FaTiNi....
 Selepas tu kami berdua masuk Pelita Nasi Kandar... Pada mulanya kakak tak nak makan kat sini.... Kakak nak makan dekat food court coz ada mainan.... Tapi lepas pujuk, iBu CHoMeL dah letih sangat dia setuju.... iBu CHoMeL dan kakak pilih menu yang sama cuma Nasi Goreng Biasa, kakak minum Milo Ais dan iBu CHoMeL pulak minum Air Laici Ais......

Masa tengah makan, kakak sekali lagi usul nak makan aiskrim lepas makan nasi.... iBu CHoMeL ok jer... Lagipun dah lama gak iBu CHoMeL tak makan aiskrim.... Nie la aiskrim yang iBu CHoMeL beli...

iBu CHoMeL beli King's Bites Vanila untuk kakak dan untuk iBu CHoMeL pulak King's Magic Cup Raspberry Riple (Ice Cream With Raspberry Flavoured Sauce).... Elok nak bayar promoter ais tu bagitau yang King's Mango Sherbet tu beli 1 percuma 1... iBu CHoMeL pun apa lagi ambik la.... dah offer tak ambil rugi lak nanti..... Bukan senang nak offer macam tu....

Masuk kereta kakak terus nak makan, tapi nak makan sama2.... iBu CHoMeL nak drive mana boleh nak makan.... So dia tukar plan makan ja kat rumah.... Lepas mandi ja kakak layan aiskrim dia... Dah tak sabar dah nak makan....

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum....
Sila tinggalkan comment anda disini...
SATU pun jadilah :)