Monday, 8 October 2012

~*~ CHeCK-uP 36 MiNGGu : BaBY KeCiL DaLaM KaNDuNGaN ~*~

Hari nie kalu diikutkan iBu CHoMeL ada appoinment di Klinik Ibu Anak, Pusat Kesihatan Bukit Jambul jam 8.00 pagi.... Tapi iBu CHoMeL tunda ke jam 2.00 petang.... Nie semua sebab iBu CHoMeL nak join Mesyuarat Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad yang dijadualkan hari nie juga.... Bukan nya apa sayangkan elaun kehadiran mesyuarat RM40.00 tuuuu... Rugi la kalu tak pergi.... Lagipun tujuan kedua iBu CHoMeL join mesyuarat sebab nak tau berapa kadar pembahagian keuntungan untuk tahun nie.... Alhamdulillah 12.50%... Lepas makan makanan tengahari baru iBu CHoMeL balik opis... Tahun nie Nasi Tomato, Daging Masak Hitam, Dalca & Minum Air Oren & Air Ribena.... Alahamdulillah makan free....

Dalam pukul 2.00 lebih baru iBu CHoMeL keluar ke Klinik Ibu Anak, Pusat Kesihatan Bukit Jambul nak check baby.... Lebih kurang 10 minit iBu CHoMeL sampai.... Kalu ikut plan doktor 2 minggu lepas, hari nie nak scan baby.... Boleh la tau perkembangan baby sehingga hari nie....

Macam biasa iBu CHoMeL jalankan rutin check-up.... Letakkan buku merah dalam bakul disediakan ikut jam temujanji untuk nurse dapatkan buku salinan di klinik.... Tunggu nama dipanggil untuk jalankan urine test & HB di makmal.... Dah tu letak buku dalam bakul & tunggu nurse panggil untuk BP test, notekan jumlah berat & minggu kandungan.... Selepas semua selesai, tunggu Ketua Nurse panggil & check perut pulak....

Masa jumpa Ketua Nurse nie lah cerita yang cukup susahkan hati iBu CHoMeL bermula.... Ketua Nurse tanya iBu CHoMel macam mana keadaan sekarang?... iBu CHoMeL katakan sihat saja tiada masalah.... Ketua Nurse minta iBu CHoMeL naik ke katil untuk ukur ketinggian perut iBu CHoMeL.... Katanya kalu diikutkan 36 minggu mesti dapat ketinggian sama atau lebih dari tu, tapi tidak cuma dapat 34 cm ja.... 2 3 kali Ketua Nurse tu ukur tetap pada ukuran yang sama.... iBu CHoMeL tanya la kat Ketua Nurse tu, kenapa ada masalah ka dengan kandungan iBu CHoMel.... Tapi katanya tak dak apa biasa la sebab baby dah turun ke bawah.... iBu CHoMeL dah mula risau.... Lepas tu dia check jantung baby, degupan dalam tahap normal.... Lepas tulis semua yang patut, Ketua Nurse rujukkan kes kepada doktor.... Katanya sekarang tiap kali mai check-up kena jumpa doktor sebab dah dekat nak bersalin....

Tunggu la pulak doktor panggil.... Sama juga masa jumpa dengan Ketua Nurse iBu CHoMeL tiada complain.... Doktor tongok balik plan 2 minggu lepas, doktor minta iBu CHoMeL naik ke atas katil, nak scan katanya.... iBu CHoMeL ikut ja, excited juga nak tau perkembangan baby.... Masa tengah scan doktor cakap baby iBu CHoMeL kecil dari saiz normal.... iBu CHoMeL minta kepastian, kenapa scan sebelum nie normal ja, kenapa kali ni kecil pulak.... Hanya Allah saja yang tahu perasaan iBu CHoMeL masa tu.... Doktor kata dia akan buat surat rujukan untuk iBu CHoMeL bawa masa check-up kat MH nanti... iBu CHoMeL pun bagi tau yang esok adalah appointment iBu CHoMeL kat sana... Dia kata ok tunjukkan surat rujukan tadi dekat doktor pakar yang check iBu CHoMeL nanti & tengok apa doktor tu kata....

Ya Allah.... ada masalah ka kandungan iBu CHoMeL nie.... Kalau di tengokkan perut iBu CHoMeL nie bukannya kecik, dalam kategori besar nie.... Kurang kat mana la nie....

Selesai saja check up, iBu CHoMeL terus call aBaH bagi tau hasil check-up hari ni.... aBaH pun hairan kenapa sebelum nie tiada masalah tapi kali nie lain pulak resultnya.... aBaH kata apa pun kita tengok dulu result doktor pakar kat MH nanti.... aBaH minta iBu CHoMeL jangan susah hati sangat kesian baby katanya....

Nie la surat rujukan doktor klinik yang iBu CHoMeL kena bawa jumpa doktor pakar esok..... Apa dia tulis pun iBu CHoMeL tak tau.... Sikit pun iBu CHoMeL tak boleh nak baca....

3 comments:

Assalamualaikum....
Sila tinggalkan comment anda disini...
SATU pun jadilah :)