Monday, 15 October 2012

~*~ KuKu FaTiNi BiRu~*~

Ari ni macam biasa lebih kurang jam 7.30pagi iBu CHoMeL hantar FaTiNi ke Smart Reader Kids, Sungai Dua... iBu CHoMeL terus ke opis dulu sattle apa yang patut sebelum ke Dewan Persidangan Universiti (DPU)... Lagipun hujan lebat dan iBu CHoMeL berjanji dengan opismate iBu CHoMeL, SHuHaDa nak pergi sama2...

***********************************************************************************
Lepas sattle kerja2 yang penting, iBu CHoMeL dan SHuHaDa terus ke DPU. Lebih kurang jam 8.30pagi kami telah daftarkan diri dan mengambil tempat duduk.... iBu CHoMeL cup tempat duduk yang senang nak keluar ke tandas, maklumla dalam keadaan macam nie slalu nak ke tandas... Semua tu kena ambil kira, penting tuuuu...

************************************************************************************
Kursus mula jam 9.00pagi... Lepas satu sesi, lebih kurang 10.30pagi iBu CHoMeL terima satu panggilan daripada Teacher Devi, cikgu FaTiNi di Smart Reader... Teacher Devi bagitau yang kaki FaTiNi ditimpa meja tulis dan telah diletakkan ubat serta tiada apa yang perlu dirisaukan... iBu CHoMeL maklumkan yang iBu CHoMeL sedang mengikuti kursus dan iBu CHoMeL akan ke sana dalam jam 12.30 tengahari... iBu CHoMeL minta Teacher Devi jangan benarkan FaTiNi ke sekolah dulu...

************************************************************************************
Setelah selesai sesi pagi, iBu CHoMeL maklumkan kepada urusetia yang iBu CHoMeL mungkin masuk lewat untuk sesi petang kerana ada urusan anak... Lagipun iBu CHoMeL check-up kandungan 37 minggu dan mungkin yang terakhir di Pusat Kesihatan Bukit Jambul.... Selepas bagitau urusetia terus iBu CHoMeL ke Smart Reader untuk tengok keadaan FaTiNi...

Sesampai saja iBu CHoMeL di sana, iBu CHoMeL dapati FaTiNi sedang menangis... iBu CHoMeL tanya dengan Teacher Devi "Sejak tadi lagi ka FaTiNi menangis" Teacher Devi jawab "Ya,sejak tadi lagi dia tak berhenti nangis".... Mana nak berhenti nangis, iBu CHoMeL ingatkan tak la teruk rupa2nya kuku FaTiNi sampai membiru lebam... Geram betul iBu CHoMeL dengan Teacher Devi, katanya tak perlu risau tapi dan rupa kaki macam tu mana tak risau... Sejak iBu CHoMeL sampai FaTiNi asik bagitau "Sakit iBu, sakittttttt"... Ya Allah... Dah la esok dah nak start periksa akhir tahun.... Dah jadi macam ni....

iBu CHoMeL cuba pujuk Fatini agar jangan nangis lagi sambil drive ke klinik... Sampai ja di klinik Bukit Jambul, iBu CHoMeL daftarkan FaTiNi dulu... Sementara tunggu panggilan doktor iBu CHoMeL daftarkan diri di bahagian Klinik Ibu Anak...

iBu CHoMeL rasa lama sungguh doktor nak panggil FaTiNi... iBu CHoMeL berulang alik dari bahagian Pesakit Luar dengan bahagian Ibu & Anak.... Akhirnya bahagian Ibu & Anak yang panggil dulu... Macam biasa iBu CHoMeL perlu ke makmal untuk buar urine & HB test, jumpa Ketua Jururawat untuk pemeriksaan seterusnya jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut... Semasa pemeriksaan doktor, Dr Imran tanya kenapa kaki, iBu CHoMeL pun bagitau la yang kaki FaTiNi ditimpa meja.... Terus Dr Imran buat pemeriksaan ke atas kaki FaTiNi....

Dr Imran arahkan untuk buat x-ray untuk tengok keadaan tulang jari, amik ubat tahan sakit, buat cucian luka dan ambil satu suntikan untuk elakkan jangkitan kuman... FaTiNi dengar semua keterangan doktor, apa lagi melalak la dia tak mau cucuk... Tapi hasil pujukan iBu CHoMeL akhirnya berjaya... iBu buat semua nie untuk kebaikkan anak iBu...

Semua arahan Dr Imran iBu CHoMeL selesai di PKBJ, cuma satu saja yang tak selesai x-ray... Dr Imran minta iBu CHoMeL ke GH untuk x-ray bersama surat yang bakal disertakan... iBu CHoMeL usulkan buat di Klinik Kesihatan USM... Setelah doktor bersetuju terus iBu CHoMeL bawa FaTiNi ke Klinik USM... Sesampai di klinik tersebut sekali lagi iBu CHoMel di duga.... Kaunter pendaftaran enggan terima pendaftaran FaTiNi sebab iBu CHoMeL sampai di sana lebih kurang 4.15 petang.... Katanya Dr nak habiskan pesakit yang ada, lagipun jam hampir pukul 5 petang (dah nak balik kerja)... Tapi dengan izin Allah, salah seorang staf nurse kesian tengok FaTiNi yang dok menangis menahan sakitdan keadaan iBu CHoMeL yang dah sarat, terima FaTiNi sebagai pesakit terakhir dan terus bawa ke bilik x-ray seterusnya ke bilik doktor bertugas tanpa menunggu nombor giliran... Alhamdulillah semua berjalan lancar dengan izin-Nya... Hasil x-ray tiada masalah dengan tulang jari FaTiNi...

iBu CHoMeL call aBaH untuk maklumkan keadaan FaTiNi... Oleh kerana esok FaTiNi periksa, iBu CHoMeL kursus, aBaH willing nak turun (cuti) untuk hantar, tumggu selesai periksa & ambil FaTiNi dari sekolah... Alhamdulillah terima kasih aBaH.... Kalu tak semua tu iBu CHoMeL yang kena uruskan...

Inilah dikatakan dugaan... KITA HANYA MAMPU MERANCANG...


"Janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan... Aturan ALLAH itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang... Redha dan terimalah ketentuan ILAHI itu dengan hati yang terbuka serta yakinlah susunan ALLAh sentiasa yang terbaik buat kita semua... Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi..."

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum....
Sila tinggalkan comment anda disini...
SATU pun jadilah :)