10.10.2003 ~ 10.10.2012
Alhamdulillah... hari ni genaplah 8 tahun iBu CHoMeL dan aBaH disatukan menjadi suami isteri....
Pertemuan yang secara tiba-tiba... Cinta yang hadir tanpa diduga... Semuanya bermula secara kebetulan... Itulah yang dikatakan takdir Allah S.W.T... Tiada siapa yang dapat menolaknya dan menjangkakannya... Sepanjang 8 tahun ini sudah cukup banyak pengalaman iBu CHoMeL tempuhi dan dilalui bersama aBaH, suamiku... Dan iBu CHoMeL dan aBaH telah dianugerahkan seorang puteri NuRuL aLaNi FaTiNi (cahaya ketinggian kebijaksanaan) sebagai penyeri hidup iBu CHoMeL dan aBaH... Kini iBu CHoMeL dan aBaH sedang menunggu kelahiran cahaya mata yang kedua yang bakal dilahirkan pada 22 Oktober ini... Pelbagai asam garam hidup berumahtangga, ada manis ada pahit tetapi Alhamdulillah semuanya dapat ditempuhi dengan baik...
Menjadi isteri kepada aBaH membuatkan iBu rasa bertuah... Bertuah kerana Allah S.W.T memberi peluang kepada iBu yang tidak punya apa-apa untuk disayangi oleh aBaH... aBaH lah tempat iBu bermanja, tempat iBu menangis, tempat iBu mengadu, tempat iBu menumpang kasih dan sayang dari seorang lelaki... Segala tawa dan tangis semuanya kita kongsi bersama... Dalam berumahtangga ini pasti ada pasang surutnya... Kadang kala ianya cukup menguji kesabaran tetapi itulah yang harus kita tempuhi untuk menjaga mahligai yang telah dibina dari hancur berkecai... Alhamdulillah kini, segalanya semakin bersinar dan iBu berdoa agar ianya kekal dan berpanjangan...
Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat dan tabah menempuhi liku-liku kehidupan di dunia ini sepanjang kita bersama... Ampunkan dosa-dosa iBu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki... Sempurnakanlah iBu sebagai isteri aBaH yang solehah... Terima kasih aBaH, atas segala pengorbanan, kasih sayang, kesetiaan dan cinta aBaH dalam menjalani hidup bersama... Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati kehidupan kita sekeluarga... Ameen...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum....
Sila tinggalkan comment anda disini...
SATU pun jadilah :)