Semalaman iBu CHoMeL tak leh nak tido.... Asyik fikirkan apa yang doktor kata semalam.... Hari nie dengan lemah iBu CHoMeL bangun nak siap2 pergi hantar kakak ke Smart Reader & terus ke MH nak check-up baby dengan Doktor Nicholas.... Ya Allah, moga2 semuanya selamat....
Dalam jam 8.30 pagi, iBu CHoMeL sampai dekat MH.... iBu CHoMeL dapat nombor 4008.... Maknanya iBu CHoMeL adalah orang yang ke 8 akan berjumpa Doktor Nicholas.... Tapi nasib tidak menyebelahi iBu CHoMeL, punya la lama nama iBu CHoMeL tak pangil2.... Jadi screening tak buat lagi.... Lebih kurang 10.30 pagi iBu CHoMeL ke kaunter kad tanyakan adakah kad iBu CHoMeL tak jumpa.... Biasanya kalau lambat itu lah alasan yang dia orang bagi.... Tapi tidak terpampang kad iBu CHoMeL atas meja kaunter tapi nama iBu CHoMeL tak panggil2.... Lepas tu iBu CHoMeL tengok kerani yang incharge tu nak buka resit untuk iBu CHoMeL.... iBu CHoMeL diam lagi nak tengok cara dia buat kerja.... Dia minta iBu CHoMeL bayar RM5.00.... iBu CHoMeL kata tak check habis ker, saya kakitangan kerajaan.... Bila dia check balik dia minta maaf & terus bagi kad iBu CHoMeL.... Dia buat macam mana dengan resit tu iBu CHoMeL tak tau la, sedangkan dia dah tulis nama iBu CHoMeL dah.... Lantak lah, yang penting ada benda penting yang iBu CHoMeL fikirkan....
Lepas tu iBu CHoMeL terus ke kaunter ujian air kencing & berat... Semuanya normal.... Lepas tu pulak iBu CHoMeL ke kaunter check BP & keputusannya normal.... Nurse tu cakap coz baru semalam buah HB test so hari nie tak perlu.... iBu CHoMeL terus letak kad dekat kaunter kad & kaunter ambil next appointment & terus duduk depan bilik no 6, bilik Doktor Nicholas.... iBu CHoMeL nampak Doktor Nicholas keluar dari bilik & ambil kad iBu CHoMeL, bape minit lepas tu no iBu CHoMeL di panggil....
As usual, doktor tanya macam mana ada sebarang masalah tak.... iBu CHoMeL kata tak dak masalah apa cuma nak minta doktor tengok surat rujukan nie.... Lepas doktor baca, dia belek result scan yang sebelum nie.... Doktor tanya kenapa doktor cakap macam nie.... iBu CHoMeL kata ntah la doktor, sebelum ni ok ja.... Lepas tu doktor minta iBu CHoMeL baring di katil nak check perut.... Dah tu doktor bagi tau dia akan scan sekali lagi & ini adalah last scan nak confirm sebab result sebelum nie semua normal... Doktor Nicholas yang buat sendiri scan kali nie.... Doktor bagitau dia akan rekodkan kat dalam buku merah & minta iBu CHoMeL tunjuk kepada doktor klinik kesihatan masa follow-up akan datang....
Syukur alahamdulillah hasilnya cukup positif.... Berat baby iBu CHoMeL adalah 4.164kg @ 4164g.... Doktor Nicholas agak marah dengan doktor klinik kesihatan sebab mengeluarkan kenyataan macam tu, sedangkan masih ada 2 minggu lagi nak bersalin.... Dengan serta merta susah hati iBu CHoMeL reda.... Lebih kurang jam 11 pagi iBu CHoMeL selesai semua... iBu CHoMeL terus call aBaH coz nak kongsi kegembiraan dengan aBaH... aBaH syukur sangat2, ye la dah iBu CHoMeL berjauhan dengan aBaH, seorang utara & seorang selatan.... Insyaallah 20hb baru aBaH balik coz iBu CHoMeL admit 21hb jam 8.00 pagi....
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum....
Sila tinggalkan comment anda disini...
SATU pun jadilah :)